Friday, January 29, 2021

MEMBONGKAR KEBENARAN DALAM JAWAPAN BALAS KWSP BERTARIKH 29 JANUARI 2021 DI UTUSAN MALAYSIA

 

MEMBONGKAR KEBENARAN DALAM JAWAPAN BALAS KWSP

BERTARIKH 29 JANUARI 2021 DI UTUSAN MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin,

Wassalatu Wassalamu ‘Ala Saidina Muhammadin Asrafi Mursalin, Wa ‘Ala Alihi Wasahbihi Ajma’in.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

________________________________________________________________________________________

1.            Memetik hadis tersebut:-

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang Mukmin, maka Allâh melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang kesulitan (dalam masalah hutang), maka Allâh Azza wa Jalla memudahkan baginya (dari kesulitan) di dunia dan akhirat.”               

Hadits ini shahih. Diriwayatkan oleh: Muslim (no. 2699).

2.            Merujuk link :-

https://www.utusan.com.my/rencana/2021/01/kwsp-tambah-baik-kelulusan-i-sinar/

3.                   Saya Mohd Zaki bin Ab Latif mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Saudari Wartawan Aqilah Mior Kamarulbaid yang telah menyiarkan artikel ini pada 29 Januari 2021, jam 9:00 am.

 

4.                   Juga ucapan terima kasih kepada pihak KWSP yang memberi jawapan balas melalui media cetak TANPA MEMBERI JAWAPAN BALAS KEPADA EMEL SAYA DAN TANPA SURAT BERTULIS seperti yang dijanjikan dalam perbualan telefon antara Pengurus KWSP Jalan Raja Laut dengan saya pada hari Rabu 27.1.2021. Itu adalah janji pertama yang dicabuli dan tidak ditepati. Ini kerana, saya telah menghantar surat rasmi secara bertulis dengan Pos Laju kepada CEO KWSP dan salinan dihantar melalui emel kepada pihak KWSP. Namun jawapan yang diterima hanya melalui media cetak @ elektronik ini sahaja. Terima kasih.

MEMBONGKAR KESILAPAN PERTAMA KWSP :

ISU SURAT RASMI DAN TIADA JAWAPAN BALAS BERTULIS DARIPADA KWSP

 

5.                   Dilampirkan bukti pengeposan Pos Laju yang telah dihantar kepada CEO KWSP bertarikh 7.1.2021 dengan No. Konsainan : EHE016444449MY. Sesiapa pun boleh menyemak dalam sistem pos laju.

 

6.                   Tarikh temujanji saya dengan KWSP Teluk Intan, Perak pada 13.1.2021 dan pada waktu itu saya telah membawa surat rasmi kepada Pengurus KWSP Teluk Intan bertarikh 13.1.2021 dengan tajuk surat : KENAPAKAH PERMOHONAN i-SINAR SAYA TIDAK DILULUSKAN DI BAWAH KATEGORI 1? Surat rasmi itu tidak mahu diterima oleh pegawai KWSP Teluk Intan, Perak yang menguruskan temujanji saya pada hari tersebut.. Namun setelah didesak dengan nada suara yang tinggi, akhirnya beliau memanggil Pengurus KWSP Teluk Intan yang sedang duduk dalam bilik dan Pengurus tersebut telah cop terima surat rasmi ini dengan tarikh 12 Jan 2021. Padahal hari tersebut adalah 13 Jan 2021. Kemudian saya terpaksa mengisi borang aduan di KWSP tersebut dan semuanya saya lampirkan kepada Biro Pengaduan Awam melalui emel pada 13.1.2021. Ini kerana KWSP Teluk Intan tidak mahu menerima surat rasmi saya dan tidak mahu menjawab persoalan saya melalui surat bertulis. Sila rujuk bukti-bukti yang saya lampirkan bersama ini.

 

7.                   Sehingga kini 29.1.2021 KWSP masih tidak menjawab semua persoalan saya melalui surat bertulis atau pun emel saya masterzaki@gmail.com. Ini menunjukkan keegoan sebuah badan korporat yang memegang dana terbesar di Malaysia. Di manakah letaknya kredibiliti dan kepercayaan orang ramai sekiranya hal surat rasmi sebegini pun tidak mampu dijawab secara rasmi oleh pihak KWSP?

 

 

MEMBONGKAR KESILAPAN KEDUA (KE-2) KWSP :

ISU SITUASI UNIK SAYA SEBAGAI BEKAS PEJAWAT AWAM YANG KINI TIDAK BEKERJA

 

8.            Memetik artikel tersebut di perenggan kedua seperti berikut ,

“Untuk makluman, situasi dihadapi oleh Mohd. Zaki agak unik, iaitu dia ialah seorang bekas penjawat awam yang kini tidak bekerja. Disebabkan sistem dalaman KWSP yang mengenal pastinya sebagai penjawat awam, dia yang sepatutnya diberi kelulusan automatik i-Sinar di bawah Kategori 1, tidak diluluskan untuk Kategori 1 malah diminta untuk memohon bersama dokumen sokongan di bawah Kategori 2”

 

9.                   Suka saya menjelaskan di sini, sistem komputer tersebut adalah di tangan tuan/puan pegawai KWSP. Bukan di tangan saya. Kamu yang menguruskan semua maklumat dan data. Mustahil apabila kamu menaip no kad pengenalan / Mykad saya, kamu tidak dapat melihat caruman saya sebagai pekerja swasta pada tahun 2019. Jika pada tahun 2019 saya sudah bekerja dengan majikan swasta dan terdapat bukti caruman sebagai ahli KWSP, mana mungkin saya masih lagi menjadi Pejawat Awam? Logik kah saya mempunyai 2 majikan iaitu kerajaan dan swasta? Jadi apakah maksud KWSP, “sistem dalaman KWSP yang mengenal pastinya sebagai penjawat awam?” Jadi adakah ini jawapan balas untuk surat saya bertarikh bertarikh 13.1.2021 kepada Pengurus KWSP Teluk Intan dengan tajuk surat : KENAPAKAH PERMOHONAN i-SINAR SAYA TIDAK DILULUSKAN DI BAWAH KATEGORI 1? Betulkah? Atau hanya saya sahaja beranggapan begitu? Kerana saya tidak menerima jawapan bertulis mengenai hal ini.

 

10.               Isu ini bukanlah isu yang unik untuk saya seorang. Percayalah. Jutaan rakyat Malaysia yang juga pencarum KWSP yang lain juga menerima nasib yang sama seperti saya. Bezanya, mungkin mereka tidak tahu untuk membuat aduan bertulis seperti yang saya lakukan ini. Waima surat aduan bertulis yang telah saya buat pun tidak mahu diterima oleh KWSP dan masih tidak menerima jawapan bertulis. Jadi siapakah yang bersalah dalam hal ini? Adakah “Bapak yang bersalah dalam soal ini, bapak membesarkan Sazali dengan secara membabi buta saja” petikan dialog Anakku Sazali.

 

11.        Rujuk surat saya bertarikh 8.1.2021 kepada CEO KWSP dengan tajuk : SUARA RAKYAT IAITU AHLI KWSP YANG TIDAK DILULUSKAN PENGELUARAN i-SINAR.

Klik link :- http://masterzaki.blogspot.com/2021/01/suara-rakyat-iaitu-ahli-kwsp-yang-tidak.html

12.               Dalam surat tersebut terdapat 5 nama selain nama saya yang tidak diluluskan permohonan i-Sinar. Adakah pihak KWSP telah menyemak semua nama tersebut tidak mempunyai situasi sama seperti saya?  Kamu pasti? Maka suka saya menyatakan kes saya ini bukan unik untuk saya seorang. Kisah saya ini sama seperti yang dialami oleh jutaan pencarum KWSP lain yang tidak diluluskan permohonan i-Sinar ini.

 

MEMBONGKAR KESILAPAN KETIGA (KE-3) KWSP :

 

13.        Merujuk artikel https://www.utusan.com.my/rencana/2021/01/kwsp-tambah-baik-kelulusan-i-sinar/

pada ayat, “Dalam kes Mohd. Zaki, permohonan i-Sinar sudah pun diluluskan dan dia juga telah dihubungi oleh KWSP untuk memberi penerangan lanjut. Pembayaran i-Sinar terhadapnya akan dikreditkan tidak lama lagi”

14.               Suka saya menjelaskan merujuk semakan saya di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/check-status status i-Sinar saya adalah, “PERMOHONAN SEDANG DIPROSES”. Semakan dibuat pada jam 8.21pm 29.1.2021. Dilampirkan gambar semakan tersebut sebagai bukti.

 

15.               Namun begitu, sekiranya benar permohonan i-Sinar saya telah diluluskan, saya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan dan meluluskan permohonan i-Sinar ini.

16.               Walaupun begitu, percayalah, waima permohonan i-Sinar saya telah diluluskan dan diwar-warkan seluruh dunia melalui artikel yang disiarkan ini, ia bukan penamat kepada perjuangan saya bagi membela nasib pencarum KWSP yang lain. Mungkin terdapat jutaan pencarum KWSP yang masih belum diluluskan permohonan i-Sinar. Hak mereka perlu dilunaskan melalui kelulusan i-Sinar tanpa syarat. Mohon KWSP ambil perhatian tentang hal ini.

 

17.               Setelah saya bongkar 3 perkara di atas, saya serahkan kepada khalayak ramai bagi melihat kebenaran disebalik kenyataan balas KWSP bertarikh 29.1.2021 dalam artikel https://www.utusan.com.my/rencana/2021/01/kwsp-tambah-baik-kelulusan-i-sinar/

 

18.               Pepatah Inggeris ada berkata, “There are few reasons for telling the truth, but for lying the number is infinite.” Yang bermaksud, “Ada beberapa alasan untuk mengatakan kebenaran, namun berbohong jumlah alasannya tak terbatas”.

19.        Yang berhak telah dinafikan. Yang halal telah diharamkan. Yang patut lulus i-Sinar tidak diluluskan.

Wahai kakitangan KWSP, peganglah prinsip, “Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati”.

 

Renungilah firman  Allah SWT  yang bermaksud: "Dan katakanlah: Yang benar (Haq)  telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap" (QS. Al-Isra': 81).

 

20.               KESEMUA MASALAH DENGAN KWSP INI AKAN SELESAI SEKIRANYA SEMUA PENCARUM KWSP DIBENARKAN MENGELUARKAN CARUMAN / WANG MEREKA SENDIRI TANPA SEKATAN DAN TANPA PELBAGAI SYARAT.

 

21.               Sebagai siaran ulangan saya mohon sesiapa yang mahu membaca KENYATAAN MOHD ZAKI BIN AB LATIF BERKAITAN KES KWSP pada semalam 27.1.2021 boleh merujuk link:-  http://masterzaki.blogspot.com/2021/01/kenyataan-mohd-zaki-bin-ab-latif.html


 

22.               Surat saya bertajuk, “SUARA RAKYAT IAITU AHLI KWSP YANG TIDAK DILULUSKAN PENGELUARAN i-SINAR” boleh merujuk link :-

http://masterzaki.blogspot.com/2021/01/suara-rakyat-iaitu-ahli-kwsp-yang-tidak.html

 

Sekian kenyataan saya.

 

Terima kasih.

MOHD ZAKI BIN AB LATIF

masterzaki@gmail.com

29.1.2021


















10 comments:

  1. KATA 21 HARI...KALAU BETUL KIRA PERLU LEBIH SATU BULAN HARI !!!KEWANGAN KWSP PENIPU KUAT !!! 11TH JAN SUDAH HANTAR DOCUMENT !! DAPI I-AKUAN SANA TULIS DAPAT DOCUMENT 25 ATAU HINGGA 27 SALAH SATU HARI !!! ITU HARI KIRA START TUNGGU 21 HARI MAKSUDNYA JAWAPAN AKAN DAPAT PALING CEPAT 21 FEB ~SEKARANG BARU 1st FEB..LAMA LAGI KENA TUNGGU !!! ITU SEBAB KATA KEWANGAN KWSP KERJA KURA KURA TAK MATI PUN TAK GUNA !!!

    RAKYAT AMBIL WANG SENDIRI SELAMAT SENDIRI KEJAR MASA !!! KEWANGAN KWSP SANA BUTA MATA DAN KURA KURA KERJA LANGSUNG TAK HIRAU RAKYAT MATI KE TIDAK !!!

    APA GUNA LAGI PERLU KEWANGAN KWSP LANGSUNG TIDAK BETUL BETUL BERTANGGUNG JAWAB ? CAKAP TANGUNGJAWAB PANDAI , TUNJUK SAJA MACAM SANGAT TANGGUNGJAWAB PANDAI...TAPI BETUL BETUL BUAT LANGGUNG TAK NAMPAK MANA KEWANGAN KWSP CAKAP PUNYA SIAP SETIA MENBANTU RAKYAT BILA HENDAK !!! NAMPAK SAJA IALAH KELUAR WANG SENDIRI SELAMAT SENDIRI DAPAT BERIBU RIBU HALANGAN DAN KERJA BUTA MATA , KERJA SERIOUS SPEED IALAH KURA KURA SPEED !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan atas komen tuan. takpe tuan. saya cuba bawak kes ni secara penulisan. moga2 mereka memahami kesusahan rakyat jelata seperti kita. pepatah ada berkata,"mata pena lebih tajam daripada mata pisau". in sha Allah. berkat doa, kesabaran dan perjuangan kita bersama-sama akan membuahkan hasil. terus istiqamah dalam perjuangan tuan. solat dan doa senjata mustajab kita. salam hormat tuan. terima kasih.

      Delete
  2. Salam tuan, kes tuan sama seperti sy. Diberhentikan dr gov pada 2015. Sepatitmye lulus di K1, tp direject dengan alasan sistem masih detect sebagai penjawat awam.. Padahal pd tahun 2017-2018, sy bekerja dgn pihak swasta.

    Hari ini 01/02, sy dpt berckp dengan peg kwsp. Menurut beliau, kes penjawat awam yg diberhentikan, selepas upload dokumen di k2, mereka akan buat semakan dengan pihak JPA dahulu utk sahkan status kita. Kelulusan akan diketahui selewatnya mnggu hadapan. Sabar jelah. Mcm2 kerenah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh emel saya lanjut tuan. masterzaki@gmail.com

      Delete
  3. Saya pun dah 3 bulan tidak mencarum...sepatutnya dah boleh lulus..pada 11.1 saya mndaftar sebagai k2 dimana sy lampirkan bersama surat penamatan kontrak kerja pada bulan 9 yg lepas..selepas hmpir 2 mnggu memohon,permohonan saya di reject dan diminta untuk melampirkan penyata bank terkini..saya pelik,sepatutnya tidak perlu,kerana KWSP ada rekod caruman kita,jadi untuk apa penyata bank..Kemudian saya menelefon khidmat servis I Sinar,kemudian setelah disemak,staff terbabit mengatakan sepatutnya document yang saya upload tiada masalah,dan sepatutnya sudah boleh diluluskan..Dan pada masa sama,staff berkenaan mengatakan berlaku kesilapan kerana staff yg terlibat dengan proses semak document itu tidak sepatutnya me reject permohonan sy dan memohon maaf atas kekhilafan staff terbabit dan meminta sy supaya meng-upload penyata kwsp sy tahun 2020 dan meminta agar sy menulis 'caruman terakhir pada bulan' di atas penyata tersebut..sekarang,sy tidak pasti apakah keputusan kwsp kerana sy terpaksa menunggu semula 21 hari selepas meng-upload penyata kwsp sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emel tuan tak dpt sent. sila emel saya masterzaki@gmail.com
      nanti saya mesej lanjut
      tq

      Delete
  4. tuan check emel. saya ade tgl pesan situ. tq

    ReplyDelete
  5. Salam tuan..situasi saya sama mcm tuan..saya bekas penjawat awam..saya berhenti tahun 2010..tahun 2013 saya keja swasta hingga 2015..dari 2015 saya bkerja sendiri..11 jan saya bawa surat pletakan jawatan saya..pihak kwsp minta saya isi bahagian gaji asal dgn gaji selepas bkurang pn sama..rm100 bserta surat resign..smpi sekarang masih pending lg..padahal awal saya buat..11 jan lagi...

    ReplyDelete
  6. Salam tuan..situasi saya sama mcm tuan..saya bekas penjawat awam..saya berhenti tahun 2010..tahun 2013 saya keja swasta hingga 2015..dari 2015 saya bkerja sendiri..11 jan saya bawa surat pletakan jawatan saya..pihak kwsp minta saya isi bahagian gaji asal dgn gaji selepas bkurang pn sama..rm100 bserta surat resign..smpi sekarang masih pending lg..padahal awal saya buat..11 jan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan. saya faham situasi tu. boleh emel lanjut kepada saya masterzaki@gmail.com nanti saya maklum kat tuan mcm mana prosesnya. harap tuan baca semua tulisan saya dalam blog ni bagi faham ye. terima kasih tuan

      Delete