KELIRU DENGAN KWSP
Video Muzik mengisahkan permohonan i-Sinar KWSP. Secara santai. Berhibur sambil memahami isu semasa I-Sinar.
Sila share link youtube tersebut-
https://youtu.be/KFGQsjNS1JI
Kisah penuh di blog:
http://masterzaki.blogspot.com/
KELIRU DENGAN KWSP
Video Muzik mengisahkan permohonan i-Sinar KWSP. Secara santai. Berhibur sambil memahami isu semasa I-Sinar.
Sila share link youtube tersebut-
https://youtu.be/KFGQsjNS1JI
Kisah penuh di blog:
http://masterzaki.blogspot.com/
Ini sebenarnya mewakili semua. dalam penjelasan kwsp tu menunjukkan sistem kwsp bermasalah. meke tak dapat trace setiap individu itu bekas pejawat awam atau pekerja swasta. maksudnya mungkin anda adalah pekerja swasta. tetapi sistem kwsp menunjukkan anda adalah pejawat awam. maka meke keluarkan nama anda drpd permohonan i sinar. itu yang terjadi kepada saya. sbb saya adalah pekerja swasta. tetapi meke kata saya pejawat awam. harap maklum semua ye. sistem kwsp mmg tak betul. itu yang saya sampaikan.
sesiapa nak berhubung dengan saya boleh emel kepada:-
masterzaki@gmail.com
MEMBONGKAR KEBENARAN DALAM JAWAPAN BALAS KWSP
BERTARIKH 29 JANUARI 2021 DI UTUSAN MALAYSIA
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillahi
Rabbil ‘Alamin,
Wassalatu
Wassalamu ‘Ala Saidina Muhammadin Asrafi Mursalin, Wa ‘Ala Alihi Wasahbihi
Ajma’in.
Segala
puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga
dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia
pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
________________________________________________________________________________________
1.
Memetik
hadis tersebut:-
Dari
Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa
yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang Mukmin, maka Allâh
melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan
(urusan) orang yang kesulitan (dalam masalah hutang), maka Allâh Azza wa Jalla
memudahkan baginya (dari kesulitan) di dunia dan akhirat.”
Hadits
ini shahih. Diriwayatkan oleh: Muslim (no. 2699).
2.
Merujuk
link :-
https://www.utusan.com.my/rencana/2021/01/kwsp-tambah-baik-kelulusan-i-sinar/
3.
Saya
Mohd Zaki bin Ab Latif mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Saudari
Wartawan Aqilah Mior Kamarulbaid yang telah menyiarkan artikel ini pada 29
Januari 2021, jam 9:00 am.
4.
Juga
ucapan terima kasih kepada pihak KWSP yang memberi jawapan balas melalui media
cetak TANPA MEMBERI JAWAPAN BALAS KEPADA
EMEL SAYA DAN TANPA SURAT BERTULIS seperti yang dijanjikan dalam perbualan
telefon antara Pengurus KWSP Jalan Raja Laut dengan saya pada hari Rabu 27.1.2021.
Itu adalah janji pertama yang dicabuli dan tidak ditepati. Ini kerana, saya
telah menghantar surat rasmi secara bertulis dengan Pos Laju kepada CEO KWSP
dan salinan dihantar melalui emel kepada pihak KWSP. Namun jawapan yang
diterima hanya melalui media cetak @ elektronik ini sahaja. Terima kasih.
MEMBONGKAR KESILAPAN PERTAMA KWSP
:
ISU SURAT RASMI DAN TIADA JAWAPAN
BALAS BERTULIS DARIPADA KWSP
5.
Dilampirkan
bukti pengeposan Pos Laju yang telah dihantar kepada CEO KWSP bertarikh
7.1.2021 dengan No. Konsainan : EHE016444449MY. Sesiapa pun boleh menyemak
dalam sistem pos laju.
6.
Tarikh
temujanji saya dengan KWSP Teluk Intan, Perak pada 13.1.2021 dan pada waktu itu
saya telah membawa surat rasmi kepada Pengurus KWSP Teluk Intan bertarikh 13.1.2021
dengan tajuk surat : KENAPAKAH
PERMOHONAN i-SINAR SAYA TIDAK DILULUSKAN DI BAWAH KATEGORI 1? Surat rasmi
itu tidak mahu diterima oleh pegawai KWSP Teluk Intan, Perak yang menguruskan
temujanji saya pada hari tersebut.. Namun setelah didesak dengan nada suara
yang tinggi, akhirnya beliau memanggil Pengurus KWSP Teluk Intan yang sedang
duduk dalam bilik dan Pengurus tersebut telah cop terima surat rasmi ini dengan
tarikh 12 Jan 2021. Padahal hari tersebut adalah 13 Jan 2021. Kemudian saya
terpaksa mengisi borang aduan di KWSP tersebut dan semuanya saya lampirkan
kepada Biro Pengaduan Awam melalui emel pada 13.1.2021. Ini kerana KWSP Teluk Intan
tidak mahu menerima surat rasmi saya dan tidak mahu menjawab persoalan saya
melalui surat bertulis. Sila rujuk bukti-bukti yang saya lampirkan bersama ini.
7.
Sehingga
kini 29.1.2021 KWSP masih tidak menjawab semua persoalan saya melalui surat
bertulis atau pun emel saya masterzaki@gmail.com.
Ini menunjukkan keegoan sebuah badan korporat yang memegang dana terbesar di
Malaysia. Di manakah letaknya kredibiliti dan kepercayaan orang ramai sekiranya
hal surat rasmi sebegini pun tidak mampu dijawab secara rasmi oleh pihak KWSP?
MEMBONGKAR KESILAPAN KEDUA (KE-2)
KWSP :
ISU SITUASI UNIK SAYA SEBAGAI
BEKAS PEJAWAT AWAM YANG KINI TIDAK BEKERJA
8.
Memetik
artikel tersebut di perenggan kedua seperti berikut ,
“Untuk makluman, situasi dihadapi
oleh Mohd. Zaki agak unik, iaitu dia ialah seorang bekas penjawat awam yang
kini tidak bekerja. Disebabkan sistem dalaman KWSP yang mengenal pastinya
sebagai penjawat awam, dia yang sepatutnya diberi kelulusan automatik i-Sinar
di bawah Kategori 1, tidak diluluskan untuk Kategori 1 malah diminta untuk
memohon bersama dokumen sokongan di bawah Kategori 2”
9.
Suka
saya menjelaskan di sini, sistem komputer tersebut adalah di tangan tuan/puan
pegawai KWSP. Bukan di tangan saya. Kamu yang menguruskan semua maklumat dan
data. Mustahil apabila kamu menaip no kad pengenalan / Mykad saya, kamu tidak
dapat melihat caruman saya sebagai pekerja swasta pada tahun 2019. Jika pada
tahun 2019 saya sudah bekerja dengan majikan swasta dan terdapat bukti caruman
sebagai ahli KWSP, mana mungkin saya masih lagi menjadi Pejawat Awam? Logik kah
saya mempunyai 2 majikan iaitu kerajaan dan swasta? Jadi apakah maksud KWSP, “sistem
dalaman KWSP yang mengenal pastinya sebagai penjawat awam?” Jadi adakah
ini jawapan balas untuk surat saya bertarikh bertarikh 13.1.2021 kepada Pengurus
KWSP Teluk Intan dengan tajuk surat : KENAPAKAH
PERMOHONAN i-SINAR SAYA TIDAK DILULUSKAN DI BAWAH KATEGORI 1? Betulkah?
Atau hanya saya sahaja beranggapan begitu? Kerana saya tidak menerima jawapan
bertulis mengenai hal ini.
10.
Isu
ini bukanlah isu yang unik untuk saya seorang. Percayalah. Jutaan rakyat
Malaysia yang juga pencarum KWSP yang lain juga menerima nasib yang sama
seperti saya. Bezanya, mungkin mereka tidak tahu untuk membuat aduan bertulis
seperti yang saya lakukan ini. Waima surat aduan bertulis yang telah saya buat pun
tidak mahu diterima oleh KWSP dan masih tidak menerima jawapan bertulis. Jadi siapakah
yang bersalah dalam hal ini? Adakah “Bapak yang bersalah dalam soal ini, bapak
membesarkan Sazali dengan secara membabi buta saja” petikan dialog Anakku
Sazali.
11.
Rujuk
surat saya bertarikh 8.1.2021 kepada CEO KWSP dengan tajuk : SUARA RAKYAT IAITU AHLI KWSP YANG TIDAK
DILULUSKAN PENGELUARAN i-SINAR.
Klik link :- http://masterzaki.blogspot.com/2021/01/suara-rakyat-iaitu-ahli-kwsp-yang-tidak.html
12.
Dalam surat tersebut terdapat 5 nama selain nama saya yang tidak
diluluskan permohonan i-Sinar. Adakah pihak KWSP telah menyemak semua nama
tersebut tidak mempunyai situasi sama seperti saya? Kamu pasti? Maka suka saya menyatakan kes
saya ini bukan unik untuk saya seorang. Kisah saya ini sama seperti yang
dialami oleh jutaan pencarum KWSP lain yang tidak diluluskan permohonan i-Sinar
ini.
MEMBONGKAR KESILAPAN KETIGA
(KE-3) KWSP :
13.
Merujuk
artikel https://www.utusan.com.my/rencana/2021/01/kwsp-tambah-baik-kelulusan-i-sinar/
pada
ayat, “Dalam kes Mohd. Zaki, permohonan i-Sinar sudah pun diluluskan dan dia
juga telah dihubungi oleh KWSP untuk memberi penerangan lanjut. Pembayaran
i-Sinar terhadapnya akan dikreditkan tidak lama lagi”
14.
Suka
saya menjelaskan merujuk semakan saya di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/check-status
status i-Sinar saya adalah, “PERMOHONAN
SEDANG DIPROSES”. Semakan dibuat pada jam 8.21pm 29.1.2021. Dilampirkan
gambar semakan tersebut sebagai bukti.
15.
Namun
begitu, sekiranya benar permohonan i-Sinar saya telah diluluskan, saya
bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu
menguruskan dan meluluskan permohonan i-Sinar ini.
16.
Walaupun
begitu, percayalah, waima permohonan i-Sinar saya telah diluluskan dan
diwar-warkan seluruh dunia melalui artikel yang disiarkan ini, ia bukan penamat
kepada perjuangan saya bagi membela nasib pencarum KWSP yang lain. Mungkin terdapat
jutaan pencarum KWSP yang masih belum diluluskan permohonan i-Sinar. Hak mereka
perlu dilunaskan melalui kelulusan i-Sinar tanpa syarat. Mohon KWSP ambil
perhatian tentang hal ini.
17.
Setelah
saya bongkar 3 perkara di atas, saya serahkan kepada khalayak ramai bagi melihat
kebenaran disebalik kenyataan balas KWSP bertarikh 29.1.2021 dalam artikel https://www.utusan.com.my/rencana/2021/01/kwsp-tambah-baik-kelulusan-i-sinar/
18.
Pepatah
Inggeris ada berkata, “There are few reasons for telling the
truth, but for lying the number is infinite.” Yang bermaksud, “Ada
beberapa alasan untuk mengatakan kebenaran, namun berbohong jumlah alasannya
tak terbatas”.
19.
Yang
berhak telah dinafikan. Yang halal telah diharamkan. Yang patut lulus i-Sinar
tidak diluluskan.
Wahai kakitangan
KWSP, peganglah prinsip, “Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan
hati”.
Renungilah
firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan katakanlah: Yang benar
(Haq) telah datang dan yang batil telah
lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap"
(QS. Al-Isra': 81).
20.
KESEMUA MASALAH DENGAN KWSP INI
AKAN SELESAI SEKIRANYA SEMUA PENCARUM KWSP DIBENARKAN MENGELUARKAN CARUMAN / WANG
MEREKA SENDIRI TANPA SEKATAN DAN TANPA PELBAGAI SYARAT.
21. Sebagai siaran ulangan saya mohon sesiapa yang mahu membaca KENYATAAN MOHD ZAKI BIN AB LATIF BERKAITAN KES KWSP pada semalam 27.1.2021 boleh merujuk link:- http://masterzaki.blogspot.com/2021/01/kenyataan-mohd-zaki-bin-ab-latif.html
22.
Surat
saya bertajuk, “SUARA RAKYAT IAITU
AHLI KWSP YANG TIDAK DILULUSKAN PENGELUARAN i-SINAR” boleh merujuk link
:-
http://masterzaki.blogspot.com/2021/01/suara-rakyat-iaitu-ahli-kwsp-yang-tidak.html
Sekian
kenyataan saya.
Terima
kasih.
MOHD ZAKI BIN AB
LATIF
29.1.2021
KENYATAAN
MOHD
ZAKI BIN AB LATIF
BERKAITAN
KES KWSP
بسم الله الرحمن
الرحيم
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin,
Wassalatu Wassalamu ‘Ala Saidina Muhammadin Asrafi Mursalin,
Wa ‘Ala Alihi Wasahbihi Ajma’in.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir
seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan
sekalian sahabat-sahabatnya.
Kenyataan ini dibuat pada 28 Januari 2021 jam lebih kurang
10.00pagi.
1.
Setelah melihat tiada emel jawapan secara
rasmi daripada pihak KWSP kepada emel saya, maka saya meneruskan usaha
menjelaskan isu berkaitan i-sinar KWSP ini kepada khalayak.
2.
Umum mengetahui bahawa surat aduan dan
persoalan saya kepada KWSP telah disiarkan pada 23 Januari 2021 di Ruangan
Forum Rencana Surat Pembaca yang telah disiarkan dalam web Utusan Malaysia dan boleh
dibaca dipautan : https://www.utusan.com.my/rencana/2021/01/kenapa-wang-caruman-kwsp-kami-disekat/?fbclid=IwAR0wA95QAXedNCPcCDqjLM-xrdUvyBg0QaMncQcRqJwvcoqrfKr8TIcNSac
3.
Ucapan terima kasih diucapkan kepada Wartawan
Utusan Malaysia iaitu Saudara Nizam Yatim yang telah sudi memaparkan sebahagian
aduan / surat saya kepada khalayak pembaca. Namun begitu, suka saya untuk
berkongsi surat sepenuhnya yang telah saya karang dan tujukan kepada CEO KWSP
iaitu Tunku Alizakri
Alias serta salinannya telah
dihantar kepada pemimpin-pemimpin Malaysia seperti berikut :-
(i)
YAB
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin
Perdana Menteri
Malaysia
(ii)
YB
Senator Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan,
(iii)
YB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak
Mantan Perdana Menteri @ Mantan Presiden UMNO
(iv)
YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
Presiden UMNO
(v)
Ybhg.
Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki
Ketua Pemuda UMNO
4.
Salinan
surat tersebut boleh dibaca di link tersebut : https://masterzaki.blogspot.com/
5.
“Aku
fikirkan mendung berterusan, tapi kini mentari muncul lagi”. Bak lirik lagu
kumpulan Slam, akhirnya pada pagi hari Rabu 27 Januari 2021 jam lebih kurang
10.00pagi saya telah menerima panggilan telefon daripada seorang Pengurus KWSP
Jalan Raja Laut.
6.
Beliau
menyatakan bahawa permohonan i-Sinar saya sedang dalam proses. Namun saya
menjelaskan bahawa saya sepatutnya dimasukkan dalam kategori 1 kerana telah
tidak bekerja dari 2019. Beliau menyatakan dalam rekod KWSP menunjukkan saya
sebagai pejawat awam. Maka saya menjelaskan bahawa saya telah berhenti kerja
dengan kerajaan mulai 2017. Telah lama. Kemudian saya pernah bekerja dengan
pihak swasta pada tahun 2019 dan ada rekod caruman KWSP saya pada tahun 2019
tersebut. Jadi adalah tidak logik jika pihak KWSP menyatakan saya masih bekerja
sebagai pejawat awam padahal rekod caruman KWSP tahun 2019 menunjukkan majikan
saya adalah syarikat swasta. Namun Pengurus KWSP ini tidak dapat menjawab
persoalan saya berkaitan ini. Hal ini bukan terjadi kepada saya seorang tetapi
ramai lagi ahli KWSP yang mempunyai kisah yang sama seperti saya. Saya
menjelaskan kepada Pengurus tersebut bahawa apa yang saya perjuangkan ini bukan
mewakili diri saya seorang. Tetapi mewakili rakan-rakan lain dan ahli-ahli KWSP
lain yang masih tidak berpuas hati dengan cara kelulusan i-Sinar KWSP.
7.
Saya
menyuruh Pengurus KWSP tersebut masuk ke Facebook dan join group perbincangan
mengenai i-Sinar dalam page Facebook. Pasti beliau dapat melihat ramai rakyat
jelata khususnya ahli KWSP yang mencarut dan memaki pengurusan KWSP. Maka saya
menyarankan agar CEO KWSP membuat kenyataan media dengan segera bagi mengurangkan
kemarahan rakyat jelata ini. Jika sistem KWSP yang canggih itu sendiri tidak
boleh melihat saya sebagai bekas pejawat awam yang telah berhenti kerja dengan
kerajaan dan kemudian makan gaji dengan sektor swasta, maka apa gunanya pegawai
KWSP sebagai manusia yang seharusnya lebih bijak daripada mesin komputer
tersebut. Ini merupakan kelemahan sistem KWSP. Kamu tidak dapat melihat pejawat
awam yang telah berhenti kerja dan mencarum semula sebagai pekerja swasta.
Kemudian kamu tolak permohonan i-Sinar yang saya mohon hanya kerana salah faham
kamu sendiri. Sebagai seorang yang tiada pendapatan tetap saya dan rakan-rakan
yang lain amat memerlukan wang daripada caruman KWSP kami sendiri untuk
digunakan di waktu terdesak ketika ini.
8.
Setelah
itu, Pengurus KWSP itu memaklumkan bahawa Wang Interim RM1,000 telah dimasukkan
ke akaun simpanan saya mulai 26 Januari 2021. Saya katakan saya semak sebelum
ini tiada duit masuk. Namun setelah tamat panggilan telefon tersebut saya
menyemak akaun simpanan saya dan memang betul wang interim KWSP RM1,000 telah
masuk ke akaun saya.
9.
Saya
mengucapkan terima kasih kepada pihak KWSP yang bertindak pantas dengan
membayar wang interim RM1,000 ini kepada ahli-ahli KWSP yang masih belum
mendapat kelulusan i-Sinar. Namun tidak semua menerima wang interim RM1,000
ini. Sebagai contoh dalam senarai surat saya yang dipaparkan dalam https://masterzaki.blogspot.com/
hanya 3 orang daripada 6 orang tersebut yang menerima wang interim RM1,000. Namun
3 orang lagi belum menerima wang interim RM1,000 tersebut.
10.
Walau
apapun yang dilakukan oleh pihak KWSP, saya masih belum berpuas hati kerana
permohonan i-Sinar saya sepatutnya di bawah kategori 1. Namun tidak diluluskan
oleh KWSP hanya kerana ketidakcerdikan pihak KWSP dalam melihat latar belakang
pencarum tersebut. Telah berhenti sebagai pejawat awam dan bekerja di sektor
swasta dan terdapat caruman pada tahun 2019. Namun masih dianggap sebagai
pejawat awam. Kesalahan kamu, kesannya berat kepada kami sebagai ahli KWSP. Hal
ini berlaku kepada ramai pemohon i-Sinar.
11.
Oleh
yang demikian, saya memohon pihak KWSP menjawab surat saya telah dihantar
kepada CEO KWSP dan sebahagiannya telah disiarkan dalam Utusan Melayu di link :
https://www.utusan.com.my/rencana/2021/01/kenapa-wang-caruman-kwsp-kami-disekat/?fbclid=IwAR0wA95QAXedNCPcCDqjLM-xrdUvyBg0QaMncQcRqJwvcoqrfKr8TIcNSac
12.
Seperti
yang telah saya katakan kepada Pengurus KWSP yang menghubungi saya tadi, saya
telah membuat surat aduan dan pertanyaan rasmi secara bertulis kepada KWSP,
maka saya juga mengharap pihak KWSP menjawab secara bertulis kepada saya. Jika
menghubungi saya dengan telefon, apa bukti yang dapat saya tunjukkan sebagai
proses jawapan balas daripada pihak KWSP? Sehingga tarikh 28 Januari 2021 saya
masih belum menerima apa-apa jawapan bertulis daripada pihak KWSP baik melalui
emel atau surat rasmi.
13.
Diharapkan
pembayaran interim RM1,000 yang telah dibuat kepada saya ini bukan lah penamat
kepada perjuangan saya dan rakan-rakan yang memperjuangkan permohonan
pengeluaran wang caruman KWSP yang menjadi hak kami. Kami akan terus berjuang
sehingga hak kami berjaya dituntut.
14.
Akhir
kata seperti yang saya nyatakan dalam surat kepada CEO KWSP, “Hidup kayu
berbuah, hidup manusia biar berjasa” dan “Elok bahasa kan bakal hidup, elok
budi kan bakal mati”. Fahamilah maksud bidalan bahasa tersebut
sedalam-dalamnya.
Sekian
kenyataan daripada saya,
MOHD ZAKI BIN AB
LATIF
28 Januari 2021.
Mohd
Zaki bin Ab Latif
xxxxxxxxx
43000
Kajang
SELANGOR
DARUL EHSAN masterzaki@gmail.com
Kepada
:-
Tunku
Alizakri Alias
Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO)
Pejabat
CEO
Bangunan
KWSP
5,
Jalan Raja Laut,
50350 KUALA LUMPUR 8 Januari 2021
Tuan
CEO KWSP,
SUARA RAKYAT
IAITU AHLI KWSP YANG TIDAK DILULUSKAN PENGELUARAN i-SINAR
Dengan
hormat perkara di atas dirujuk.
2. Untuk makluman tuan, saya bernama MOHD ZAKI BIN AB LATIF no. ahli KWSP :
xxxxxxx merupakan salah seorang antara jutaan ahli KWSP yang tidak
diluluskan pengeluaran wang KWSP menerusi i-Sinar.
3. Oleh yang demikian, saya bersama
rakan-rakan seperti dalam JADUAL 1 -
SENARAI NAMA AHLI KWSP YANG TELAH MEMOHON i-SINAR TAPI DITOLAK OLEH KWSP yang
juga gagal mendapat kebenaran pengeluaran i-Sinar, di sini ingin menyampaikan
hasrat suara kami rakyat Malaysia yang telah dinafikan hak untuk mengeluarkan
wang kami daripada KWSP.
4. Untuk makluman tuan, saya merupakan
seorang ahli KWSP yang telah diluluskan pengeluaran wang KWSP menerusi
i-Lestari tahun lepas. Tetapi ditolak permohonan di bawah i-Sinar dalam
keputusan online KWSP pada 4 Januari 2021. Oleh yang demikian saya ingin
menyuarakan masalah ini kepada pihak tuan untuk penjelasan lanjut.
SEJARAH i-SINAR
5. Umum mengetahui bahawa idea
permohonan pengeluaran wang KWSP ini adalah daripada mantan Perdana Menteri
yang juga ahli Parlimen Pekan iaitu YB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak
yang mana beliau telah berusaha membawa hal ini ke Parlimen dan akhirnya dipersetujui
oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin dan disokong
sepenuhnya oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku
Abdul Aziz.
6. Apa yang diluluskan dalam Parlimen
tempoh hari adalah pengeluaran i-Sinar KWSP dibenarkan sehingga RM10,000 untuk
pengeluaran bulan pertama sehingga bulan ke-6 bagi mereka yang mempunyai wang
melebihi RM100,000 dalam akaun KWSP mereka. Hal ini juga lanjutan daripada
pelbagai perbincangan semua pihak khususnya antara ahli Parlimen Bagan Datuk YB
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi yang juga merupakan Presiden UMNO. Saya
juga difahamkan had baki minima dalam akaun KWSP adalah RM100. Bermaksud
sekiranya ahli mempunyai RM700 dalam akaun KWSP, beliau masih boleh
mengeluarkan RM600 daripada akaun KWSP beliau sehingga tinggal baki RM100 dalam
akaun tersebut.
7. Saya melihat hal ini sebagai satu
perjuangan oleh Parti UMNO dalam memperjuangkan suara rakyat yang dihimpit
kesulitan ekonomi impak daripada COVID-19. Ia juga merupakan sahutan perjuangan
yang sama yang dilaungkan oleh Parti BERSATU apabila Presiden BERSATU menyokong
pengeluaran i-Sinar ini demi membantu rakyat jelata. Sejajar dengan sebuah
hadis;
Dari
Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu
kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan
pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti
Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi
aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat.
Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong
saudaranya”. (HR. Muslim)
8. Namun sayangnya, hasrat kerajaan
iaitu dari Parti BERSATU dan Parti UMNO ini tidak disampaikan kepada rakyat dengan
sebaiknya oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khususnya oleh Pengurusan
Kanan KWSP yang diterajui oleh Tuan CEO, Tunku Alizakri Alias.
HALANGAN YANG
DICIPTA OLEH KWSP
BAGI MENYUSAHKAN
AHLI MEMBUAT PENGELUARAN i-SINAR
9. Pada awal pelancaran permohonan
i-Sinar sahaja, pihak KWSP telah membuat halangan pertama dengan mewujudkan 2
kumpulan permohonan. Iaitu permohonan Kumpulan 1 dibuka pada hujung Disember
2020 dan permohonan Kumpulan 2 dibuka pada 11 Januari 2021. Ini adalah halangan
pertama yang dicipta oleh Pengurusan Kanan KWSP bagi menyusahkan ramai Malaysia
dan tidak menepati hasrat kerajaan serta perjuangan Parti UMNO dan Parti
BERSATU.
10. Padahal YB Parlimen Pekan yang juga
Mantan Perdana Menteri YB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak acap kali
meluahkan hasrat dalam pelbagai media sosial dan media cetak bahawa tujuan
pengeluaran KWSP ini adalah bagi membantu rakyat Malaysia yang juga ahli KWSP
yang sedang dihimpit tekanan ekonomi pada masa kini.
11. Sebagai contoh, saya yang telah
berhenti kerja pada Ogos 2019. Sehingga kini masih belum mendapat apa-apa
pekerjaan walaupun telah banyak kali menghadiri sesi temuduga. Hal ini dapat
dilihat dalam penyata KWSP saya yang menunjukkan tiada caruman ahli KWSP
semenjak Ogos 2019. Ini bermaksud saya tidak mempunyai mana-mana majikan yang
menggaji saya. Itu menunjukkan saya tiada pendapatan bulanan yang tetap dan
telah hilang pendapatan semenjak Ogos 2019. Adakah ini menyebabkan saya tidak
layak mengeluarkan wang KWSP di bawah permohonan i-Sinar? Tetapi saya telah
dibenarkan membuat pengeluaran di bawah i-Lestari. Apakah justifikasi KWSP
berkaitan hal ini?
12. Contoh kedua, seorang rakan saya iaitu
seorang suri rumah, tidak bekerja lebih kurang 10 tahun lamanya. Membuat
permohonan i-Sinar dan permohonan beliau diluluskan. Apakah perbezaan beliau
yang telah tidak mencarum KWSP semenjak 10 tahun lepas kerana menjadi suri
rumah sepenuh masa. Saya juga tidak mencarum semenjak Ogos 2019 lepas kerana
tidak mempunyai pekerjaan tetap? Tetapi permohonan i-Sinar yang saya mohon
tidak diluluskan? Apakah natijah yang
ingin disampaikan oleh KWSP ini?
13.
Jika KWSP mengatakan hanya suri
rumah sahaja yang layak memohon i-Sinar, maka bagaimana dengan rakan saya.
Seorang wanita yang telah tamat kerja sejak Oktober 2019 akibat syarikat tidak
mampu membayar gaji sepenuhnya malah gaji yang diterima dikurangkan lagi
sebanyak 30% dari jumlah pendapatan. Sehingga hari ini rakan saya tidak
mempunya sebarang pendapatan selain daripada pendapatan terakhirnya pada bulan
Oktober 2019. Bahkan beliau kini merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Apakah justifikasi KWSP bagi menolak
permohonan i-Sinar beliau?
14. Seharusnya Tuan CEO KWSP bersama
Pengurusan Kanan KWSP yang lain memudah cara permohonan i-Sinar ini bagi
membantu seluruh ahli KWSP yang merupakan rakyat Malaysia yang terhimpit dengan
kesempitan ekonomi zaman sekarang. Bukannya menambah halangan demi halangan
bagi menyekat pengeluaran ahli KWSP. Siapa
yang mencipta kumpulan 1 dan kumpulan 2 dalam pengeluaran i-Sinar? Bahkan
parti UMNO sejak dari awal cadangan lagi telah menyarankan agar permohonan
pengeluaran wang KWSP tidak disekat dengan pelbagai syarat yang mengarut.
15. KWSP telah menetapkan antara syarat-syarat pengeluaran i-Sinar adalah pengurangan gaji bulanan oleh sebab tiada kerja lebih masa atau pengurangan gaji pokok akibat Covid-19. Maka mereka dalam golongan ini boleh menunjukkan bukti penyata gaji yang menunjukkan perbezaan gaji semasa dengan gaji sebelum pengurangan tersebut. BAGAIMANA PULA DENGAN KAMI YANG TELAH TIADA GAJI TETAP SEBAB TIADA PEKERJAAN SELAMA BERTAHUN-TAHUN INI? Apakah kami didiskriminasikan atas sebab tiada pengurangan gaji? Hanya kerana kami tiada gaji langsung, tiada pendapatan tetap langsung, maka kami tidak layak memohon pengeluaran i-Sinar? Tetapi suri rumah yang telah berhenti kerja bertahun-tahun lamanya, layak pula mendapat i-Sinar? Apakah sebabnya?
16. Saya dan beberapa orang dalam senarai
surat ini tidak mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) baik BPN 1.0, BPN 2.0
waima BPN Kosong-Kosong pun. Kami bersabar dan terus tabah mengharungi hidup
tanpa bantuan kerajaan. Sehingga kerajaan memberi Bonus Pejawat Awam 2021 pun kami
tidak layak terima kerana antara kami bukanlah golongan pejawat awam. Kami
terus bersabar dan tabah. Tetapi apabila kerajaan meluluskan pengeluaran
i-Sinar KWSP, kami berasa sedikit lega kerana kami sebagai ahli KWSP mempunyai
simpanan dalam KWSP kerana pernah mencarum suatu waktu dahulu. Ketika inilah
wang tersebut amat diperlukan di waktu perit sebegini. Kemudiannya, Pengurusan
Kanan KWSP menetapkan pelbagai syarat dan memecahkan kepada 2 kumpulan iaitu
Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Padahal wang kami tetap sama dalam akaun KWSP. Wang
yang kami simpan tidak pula dicop sebagai Wang Kumpulan 1 dan Wang Kumpulan 2.
Tetap sama ada wajah Agong Pertama yang mempunyai nilai sah di sisi
undang-undang dan Bank Negara Malaysia. Tetapi untuk pengeluaran i-Sinar pelbagai
syarat pula dikenakan terhadap kami.
17. Wang dalam KWSP adalah hak kami. Kami
berhak terhadap wang kami. Kenapakah kami disekat dengan pelbagai syarat? Sudah
lah kami tidak mendapat Bantuan Prihatin Nasional. Tidak layak mendapat Bonus
Pejawat Awam. Tiada bonus tahunan majikan swasta. Bahkan untuk pengeluaran
i-Sinar KWSP wang kami sendiri pula disekat. Adakah pihak KWSP melihat tekanan
yang kami hadapi ini? Fahamkah tuan sebagai CEO KWSP? Dapatkah tuan meletakkan
diri tuan dalam situasi yang kami hadapi sekarang ini?
LIHAT TAKWIM
SEKOLAH, LIHAT BPN, LIHAT BONUS PEJAWAT AWAM
DAN LIHAT
i-SINAR KWSP
18. Adakah tuan CEO KWSP melihat takwim
sekolah 2021? Adakah tuan tahu bahawa permulaan sekolah akan bermula pada 20
Januari 2021. Bagi yang mendapat BPN maka mereka boleh bersyukur dengan
kurniaan wang kerajaan tersebut. Begitu juga dengan Bonus Pejawat Awam yang
akan dibayar mulai 25 Januari 2021. Masih mereka boleh bersyukur dengan
kurniaan kerajaan itu. Tetapi bagi kami yang ditolak permohonan i-Sinar pada 4
Januari 2021 yang lepas, apakah nasib kami? Menunggu permohonan dan rayuan baru
pada 11 Januari 2021? Kemudian jika menerima keputusan gagal yang sama? Apakah
nasib kami? Sedangkan wang yang ingin kami mohon keluarkan itu adalah wang
caruman KWSP kami. Apakah semua pihak memahami nasib kami ini? Tahukah anda
tentang tekanan hidup yang kami hadapi sekarang ini?
19. Saya gambarkan satu situasi sebegini.
Seorang ayah yang mempunyai 3 orang anak. Ayah ini sudah tidak mempunyai
pendapatan tetap sejak beberapa tahun lepas. Tiada caruman KWSP sejak beberapa
tahun lepas kerana hanya bekerja sendiri. Namun beliau pernah bekerja suatu
ketika dulu dan pernah mencarum dengan KWSP dahulu. Si isteri pula seorang suri
rumah tangga yang yang sememangnya tidak mempunyai caruman KWSP. Mereka suami
isteri juga telah tertinggal dari senarai Bantuan Prihatin Nasional
kosong-kosong. Mereka juga bukan pejawat awam dan tidak layak menerima Bonus
Pejawat Awam. Tetapi si suami ini pernah bekerja dan mempunyai caruman KWSP di masa
lampau dengan majikannya. Maka si suami memohon i-Sinar. Tetapi keputusan
diperolehi menyatakan beliau tidak layak dan perlu menunggu 11 Januari 2021
untuk membuat rayuan bersama dokumen sokongan. Tetapi si suami tiada payslip
atau apa jua dokumen sokongan yang akan dibuktikan kepada KWSP 11 Januari
nanti. Akhirnya beliau tidak layak membuat pengeluaran i-Sinar. Anak-anak pula
akan mula bersekolah pada 20 Januari 2021. Maka apakah nasib mereka sekeluarga
ini? Atas sebab sekatan hebat yang dibuat oleh tuan CEO KWSP dan Pengurusan
Kanan KWSP? Adakah kamu semua faham tentang situasi ini?
RAYUAN KEPADA PEMIMPIN POLITIK DAN KEPADA PEMIMPIN KWSP
20. Kepada YAB Perdana Menteri YAB Tan Sri
Muhyiddin Bin Mohd Yassin dan Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato' Sri
Zafrul Tengku Abdul Aziz lihatlah kemusnahan yang dilakukan oleh Pengurusan
Kanan KWSP terhadap rakyat Malaysia yang hidup susah kini. Hasrat kerajaan
untuk membantu rakyat seperti kami tidak kesampaian akibat kuasa yang diberikan
kepada pihak yang tidak perihatin kepada rakyat.
21. Kepada mantan Perdana Menteri YB Dato'
Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak dan ahli Parlimen Bagan Datuk YB Dato' Seri
Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi yang juga Presiden UMNO , saya mengucapkan terima
kasih di atas perjuangan parti UMNO bagi memperjuangkan nasib rakyat. Namun
perjuangan anda telah digagalkan oleh sekelompok golongan yang berkuasa dalam
KWSP dengan menetapkan pelbagai syarat terhadap pengeluaran i-Sinar. Moga
tuan-tuan pejuang nasib rakyat yang dibantu bersama panglima perang iaitu Ketua
Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki untuk terus perjuangkan hak ahli KWSP.
Supaya dapat ahli KWSP memohon pengeluaran wang KWSP tanpa apa-apa syarat.
22. Akhir kata, saya memohon kepada YAB
Perdana Menteri supaya membubarkan Pengurusan Kanan KWSP dan menukarkan dengan
orang lain yang lebih perihatin dengan nasib rakyat seperti kami ini. Bak kata
bidalan, “Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang
pandai”.
23. Kepada CEO KWSP dan Pengurusan Kanan
KWSP, hayatilah bidalan bahasa ini, “Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar
berjasa” dan “Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan
bakal mati”. Fahamilah maksud kata-kata bidalan itu hingga akhir hayat
tuan.
24. Di akhiri surat ini, saya memohon
semua pihak melihat :-
Daripada siapa surat ini ditulis
= MELAYU
Kepada siapa surat ini ditulis =
MELAYU
Salinan kepada siapa surat ini
ditulis = MELAYU
Siapa yang berkuasa dalam isu
ini = MELAYU
Siapa yang rugi akibat isu ini =
??? ANDA PASTI TAHU JAWAPANNYA.
25. Saya mengucapkan terima kasih kepada
semua pihak yang telah sudi membaca surat saya ini. Sebarang maklumat lanjut
boleh berhubung dengan saya di alamat di atas atau emel saya masterzaki@gmail.com.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
MOHD ZAKI BIN AB LATIF